Friday, May 27, 2011

Bandung Trip

Assalamualaikum.

Minggu lepas aku pegi Bandung jalan jalan kat sana since barang kat sana murah dan boleh membuatkan kaum wanita tergugat dengan kemurahannya apalagi dengan makanan nya yang superb yang sampai sekarang aku masih teringat ingat. (Amik hang. Ayat sampai 12 harakat) Aku pegi sana 5 hari 4 malam je pun. Aku pegi dengan BFF akuu, Atie. Flight kitorang dari KL pukul 8 malam macam tu. Aku kat dalam flight pusing sana pusing sini sebab lapar. Bila time stewardess ni jual makanan, aku dah happy dah time tu. Aku dengan Atie siap pilih itu ini nak makan. Sekali stewardess tu cakap "Maaf buk. Yang itu ga ada. Yang ada cuma sandwich." Aku balas dengan senyuman yang manis dan "oh, ga apa2 kalau begitu". Cis cis. Padahal aku dah lapar gile. Kitorang tak sempat nak makan time kat airport. Tu yang lapar gila =.=

Malam tu sampai je kitorang terus cari makan. Banyak yang dah tutup. Yang ada Ayam Penyet. Ni kat Ayam Penyet Ria.

Day 1

Pagi pagi lagi lepas sembahyang subuh, kitorang macam tak berapa nak tido. Then, aku bukak tingkap. Dah cerah tapi macam ada embun2 macam tu. Punya excited terus amik tudung, bukak pintu then panggil Atie. Kitorang duduk kat luar rasa udara segar jap, lepak lepak sambil ambil gambar dengan belum mandi nya pulak tu. Best weh.

Lepas tu, kitorang siap2 sebab nak pegi Tangkuban Perahu. Janji dengan Pak Hendri (supir) pukul 8 pagi waktu Bandung, sekali kitorang terikut waktu M'sia dan siap pukul 7 pagi. Malu seh. Pak Hendri senyum senyum perli kat kami siap cakap, awal lagi ni baru jam 7 pagi. Kita mau berangkat jam 8. Cis =.=

Hari pertama memang kitorang dah plan nak pegi Tangkuban Perahu dulu. Otw nak pegi Tangkuban Perahu tu, kitorang singgah Kartika Sari jap cari makanan untuk breakfast. Beli lah Pisang Keju yang panas dan sedaaap. Murah pun murah. Kartika Sari ni kira wajib beli lah kalau pegi sana. Sebab memang pemes pon si Kartika Sari nih.


Ni antara kat Kartika Sari..

Depan aku tuh Brownies youu.. Nyumnyum..

Ni dia Pisang Keju. Dalam dia ada pisang. Kitorang beli ni dapat yang panas. Huhu. Rindunyaaa~


Kitorang makan dalam kereta otw ke Tangkuban Perahu. Habis busuk kreta Pak Hendri. Hikhik


Ok, jom kita terjah Tangkuban Perahu...... =D

*excited*

Time turun ja dari kereta ada ramai lah penjaja jalanan datang menyerbu kitorang. "Buk, ini keychain nya. Murah aja. 3 ringgit aja buk'. Aku cakap kat Atie, "Aku bagi jugak mamat ni duit RM" Sebab dah bengang sangat. Sampai sekali tu aku cakap, "Eh. Ga mau. Gak usah nanya lagi!" Sebab dia ikut kita sampai ke sana sini. Tak senang aku. Diorang ni kalau kita layan sorang, nanti datang lah dia punya kawan kawan yang lain. Time tuh dah tak guna kot nak menyesal. Huahua

Sayangnya sebab time ni tak dapat pegi Kawah Putih :(

Tempat ni sejuk jugak lah. Tapi tak lah sejuk sangat. Tapi sejuk lah T.T

Tiket masuk Rp.50,000. Tapi Pak Hendri tolong bagi dapat Rp.12,000. Dia cakap kat penjual tiket tu "ini dari Padang".. Woohoo.. Terus dapat tiket murah. ;p

Kitorang tak beli apa pun kat sini sebab mahal jugak kat sini. Baju kat sini Rp.60,000 / RM20 macam tu. Tapi kat pasar baru baju boleh dapat Rp.30,000 / RM 10 rugi jugak kalau beli kat sini padahal baju yang sama. Lagipon takde yang berkenan =P

Lepas dari Tangkuban Perahu, kitorang singgah Ladang Teh. Gaya aku dengan Atie macam tak pernah pegi Ladang Teh. Padahal time Atie datang Sabah hari tu kitorang pegi jugak Ladang Teh yang kat Sabah. T.T

I suka gambar ni ;)

Lepas pegi Ladang Teh, kitorang turun balik untuk ke Kebun Strawberry pulak. Kat sini kita petik sendiri strawberry tu. Nak pegi petik pun kau kena bayar Rp.7000 tau tak. Ye lah, nak masuk toilet pun kena bayar beb. Kalau toilet KLCC RM2 kau kena bayar nau. 


Kitorang dah penat sangat time ni. Tapi sebab nak sangat shopping, kitorang minta supir drop kat Rumah Mode. Kehkeh. Kalau nak cari barang branded better datang sini. Sebab aku tengok antara semua Factory Outlet (FO) ini je yang lumayan. Ini je yang best sebab banyak choice. Kalau FO lain tu biasa je kot. Korg boleh dapat harga baju Guess, AX, Billabong, MNG, and banyak lagi dengan harga RM25-RM50 (Ni antara harga yang aku jumpa.) Lepas shopping kat sini, kitorang pegi hotel untuk check-in. Lepas rehat & sembahyang kitorang jalan kaki pegi Pasar Baru yaw. Dalam 3 min dah sampai Pasar Baru. Sebab aku memang dah cari hotel yang dekat dengan pasar baru supaya tak payah nak amik taxi lagi. Nama hotel tu Hotel Kenangan. Satu malam dalam Rp195,000 / RM65

Gambar ni curi dari Atie. Hehe. Blouse kat Pasar Baru boleh dapat RM10. Blouse ni sebijik macam yang kat Pasar Malam tu. Haha. Kitorang pun borong blouse dengan banyaknya! Bukan stakat blouse bai, seluar, skirt semua RM10. Haaa.. Kau nak apa lagi? Ayok bilang! HAHA! Ada satu tudung tu kan, selalunhya beli  harga dia RM10 satu. Tapi kalau kat Bandung, tudung yang sama dengan kain yang sama cuma Rp.10,000/ RM3 macam tu. Wah, tak lepaskan peluang yang ada :p

Lepas memborong kat pasar baru sampai pukul 5 petang (pasar baru waktu operasinya dari 9 pagi sampai 5 petang je uols) kitorang pon balik bilik untuk berehat dan sembahyang. Lepas siap semua, jalan lagi ke Paris Van Java. Sebab tak makan malam lagi kan. Tu yang merayau lagi. Paris Van Java ni antara mall yang aku suka sebab dia macam macam ada pastu ntah kenapa aku rasa mall ni unik. Kat sini ada Guess, Charles & Keith, Roxy, Sogo, Carrefour, Body Shop, Guardian, Restoran, etc. Banyak lagi sebenarnya. Makan malam kitorang memang kat PVJ ni je sebab kitorang saje nak masuk mall ni stiap hari =P

Kat luar Paris Van Java. Ni memang tak sabar dah nak masuk sebab tengok dari luar lampu liplap2. Mencabar sungguh ;p

Terjumpa Sour Sally. Apa lagi, ni memang aku dah plan nak makan. HAHA. Satu cup tu cuma Rp. 46,000 lah macam tu. Nyumnyum..

 Makan A&W 2 orang cuma Rp.90,000/RM30. Sebab mula mula macam tak nampak restaurant yang best best. Rupanya ada kat luar. Cis. 

Lepas makan terus balik dan tido. Penat gila. Kaki memang sakit sakit dah. Aku rasa kalau kaki ni boleh cakap memang dia gadoh kot dengan aku. Padahal baru hari pertama. Mihmihmih. Korang kalau nak pgi Bandung ni jangan lupa bawak ubat ubatan. Panadol ke, minyak kapak ke, etc etc. Sana bukan senang nak cari ubat atau minyak minyak ni. So make sure kena prepare siap siap lah.

Esoknya perjalanan diteruskan lagi dengan penuh bersemangat. Ekekeke.. Sambung next entry lah wei.


p/s: Kalau nak pegi bercuti dengan kawan kawan, pilih kawan yang memang sekepala dengan kita. Rugi kalau tak sekepala. Rugi duit tiket, hotel, masa, semua lah rugi. So sebelum pegi tu ajak kawan yang betul betul boleh masuk dengan kita. Macam aku dengan atie, memang dah plan awal awal nak pegi mana. Pegi berdua lagi senang kot daripada ramai ramai. Kemahuan kami pon sama. Tujuan kami pon sama. Bukan setakat nak shopping nak jalan jalan jugak. So, jangan rugi kan duit dan masa untuk pegi bercuti dengan orang yang tak sekepala dengan kita. Takut nanti gaduh je banyak. Sebab aku tak suka orang buat muka, merajuk apa semua ni.




22 comments:

KAMIHIDUP said...

wah, cantiknya, nak pergi bandung, tapi kerajaan malaysia tak bagi keluar malaysia, sobsob.

Rin Saharina said...

wahhh,bestnya dayang.teruja mau pegi jugk.jalan sendiri ka @ ada tourist guide?

amni azmira said...

bestnya melancong..

Rtp Farra Arisha said...

wahh jenjalan bandung, klo arisha tau sis ada di bandung, arisha turun bandung jugakkk. maybe waktu ni arisha ada di jkrt.! wuhuhuhu.

aahh tangkuban perahu sejuk sgt2 kann..nice view overalll! mcm2 ada.

ps: suka pisang keju, almost every week makan pisang keju :))

Dayang Fazlyn said...

@KAMIHIDUP, haaa?? Krajaan tak bagi? Kenapa weh kenapa? ;p

Dayang Fazlyn said...

@rina, pegi sendiri. Kalo ko mau pegi ndak payah pakai agent. Pegi sendiri jak. :)

Dayang Fazlyn said...

@arisha, arisha duk mana? Belajar sana ke? Eyyy, kalau tak boleh kita jumpa kan kan kan.. :) Pisang keju tu memang sedaaaaapp sangat. Hehe

Rin Saharina said...

bah,tu la tu.serius teruja plak mau pegi bl ko ckp brg sna murah2.oh God,ini la pompuan.pntg dgr murah,trus gelabah&teruja.wakaka.

Dayang Fazlyn said...

Rina, tu lah tu. Mmg dak puas woo.. Aku mau p lagik ;p Beli lah tiket tahun depan. Return rm60 jak. ;)

Rtp Farra Arisha said...

aahh arisha studyy di jakarta :))
nnt dtg laah jakarta pulakk, boleh jumpa :))

Dayang Fazlyn said...

Oh study kat Jakarta rupanya.. :) Next time Dayang datang sana, insyaAllah Dayang pegi Jakarta. Boleh kita dating2 ;p

Rtp Farra Arisha said...

yes, study di JIS. ok klo nak dtg sini, kasi kabar kat arisha yepp! nak jugak kenal akk manis nii! hehe.

rieyaawgazli said...

wah... bestnya...
nanti nk prgi jg la...
kmpul duit dlu...
:)

Dayang Fazlyn said...

Sure.. :) Haha. Mana ada manis ni dear :)

Akulah Pak Lan said...

wah travelog..best2..

Nora Karim said...

seronoknya bercutiiiii.... :D

N said...

Seronok baca, buat review, Insyaallah pergi bandung awal Ogos nanti. Di Pasar Baru tu ada jual langsir yg dah siap tak ?

Dayang Fazlyn said...

N, thanks :) Kalau kat sana nanti take care ya :) Kat Pasar baru kain langsir ada tapi langsir siap saya tak pasti. Boleh jahit kat sana jugak, dalam 1 jam dah siap. Kos pun murah je :)

Unknown said...

nice information, boleh dapatkan contact number supir tu tak ?
my email asthmara@gmail.com

Unknown said...

nice blog, boleh dapatkan contact number supir tu tak? :), berapa dia charge untuk ke Tangkuban Perahu?

Unknown said...

hi sis.. boleh minta contact number driver tu jugak..

Unknown said...

hi sis.. very informative post :)) boleh minta hp number driver tu jugak.. Thanks!!