Monday, May 30, 2011

Bandung Trip 2 (Shopping di Bandung)

Assalamualaikum.

Hello dan hai :) Mari kita sambung entry lepas :)

Bunyi alarm Atie dengan lagu Indonesia nya yang kuat berderai buat aku nak baling hp dia ke dalam gelas yang berisi air. Tapi lepas dengar bunyi alarm ku, lagu dari Iron & Wine buat aku jadi bertambah lena sampai tak nak bangun walaupun Atie menjerit bagai nak rak. BABYYYYYY... BANGUUUUNNN!!! Hahaha.. Macam macik2 dah dia dok kejut aku sambil menjerit (Atie, if u read this, jangan marah eh eh eh. I love yoouuu. Euuuww =p) Atie cakap "Kau punya lagu ni bukan main sedap lagi. Aku baru ja nak bangun. Tapi bila dengar lagu kau tu, aku tak jadi nak bangun. Tambah lena pulak. Lagu apa ea tuh?" Ahahaha.. Atie & Kak Jaja jatuh cinta pandang pertama bila dengar lagu tu. Pandang pertama? Apakah? =.=

Sambung, lepas mandi, solat & siap siap kitorang pegi breakfast yang hotel dah sediakan. Nasi goreng dia sedap. Tapi nasi goreng biasa biasa je. Ok lah untuk alas perut. Kitorang makan cepat cepat lepas tu berambus untuk start shopping. Kehkehkeh. Kitorang amik taxi then pegi Jalan Riau. Taxi senang nak dapat kat hotel ni. Kadang tu kitorang tahan je taxi mana yang lalu. Tapi amik lah taxi Bluebird sebab dia pakai meter. Tapi pakai meter pon, minimum kena bayar Rp20,000. Ini minimum. Kalau meter samapi Rp25,000 barulah bayar lebih. Kalau tak bayar je Rp20,000. Kat Jl Riau ni semua FO. Woohoo.. Lu nak brand apa? Semua adaaa.. Kitorang masuk semua FO kat sini. Tapi tak banyak gamba sebab lupa nak amik T.T Yang ada cuma yang ni;


 
Haha. Cuba baca betul2 nama kedai tu :p

Kat sini ada banyak FO. Best! Ada satu FO tu nama Oasis tak silap aku, dia ada jual perfume. Semua jenis perfume ada. Murah pulak tu. 100ml cuma Rp.80,000. Perfume dia pon jenis yang tahan lama. So tak rugi pon beli.

Dah penat, kitorang pun balik bilik untuk solat, makan dan lepas tu sambung jalan lagi ke Pasar Baru. Aku rasa setiap hari kitorang ke Pasar Baru T.T

Ayam penyet. Ayam dia kecik gila T.T

Lepas makan kitorang pun sambung shopping. Ang memang gila kalau tak mau shopping. Segala apa kat sini semua murah =D

 Ini converter yang Atie dok bawak ke sana ke mari. Tapi kalau dia malas bukak converter ni, dia mesti tanya aku. Baby, kalo Rp.75,000 berapa RM? Kalo Rp.125,000 berapa RM? Haha. Comel je. Aku suka bila part nak convert2 ni ;p

Tunggu taxi yang kitorang call datang amik kat hotel untuk pegi ke PVJ. Kalau malas nak call, suruh orang kat lobi hotel tu call kan untuk korang. Dia tak caj apa apa pon. Tapi bagitahu lah korang nak taxi blue bird. Dalam 5 min- 10 min nanti ada lah taxi jemput kat hotel.

 Sebelum pegi makan malam, kitorang ternampak Tutti Frutti. Apa lagi, singgah lah. Tutti kat sini murah gila. Satu cup penuh tu Rp.32,000 tapi dapat 50% so tinggal Rp.16,000. Atie tak suka sangat sebab dia cakap masaaaam~

Masa untuk makan. Cepat gila makanan kitorang sampai.Tak sempat nak gossip. HAHA. Kedai ni dia buat ala2 kedai nyonya. Hiks. Menarik. Banyak je barang barang lama dia buat untuk hias kedai makan ni.

 Yang ni aku punya. Nasi Tempo Doeloe..

Yang ni Atie punya. Makan kat sini tak sampai Rp100,000 pon. 

 Day 3


 Pasar baru.. Boleh gila nak pilih bag. Aku tengok kain2 ja pun dah pening2. Dengan pelbagai warna memang sakit kepala uols. Liplap2 bukan main lagi. Sampai aku cakap kat Atie "esok je lah cari kain. Pening tengok banyak sangat kain." Aku teruk bab memilih kain2 ni.

 Kalau macam ni susah jugak nak pilih. Ni time belikan bag kawan aku. Kalau dah dia susun macam tu, susah lah nak pilih. Maka aku membuat keputusan untuk ambil je memana yang tangan aku nak amik =P

 Macam biasa, kalau nak makan malam kitorang ke PVJ lah. Habis semua kitorang round sebab nak cari makanan yang best. Kehkeh.. Sebelum makan malam, kena makan ice cream duluuu...~ Mini ice cream. Rp.10,000/RM3 ja. (makan ice cream murah sebab duit dah nak habis. HAHA.)

 Then makan malam kat Katjapiring. 


 Order yang ni.. Apa tah nama dia..

Dengan yang ni. Lupa nama dia T.T Tapi sedap nau. Aku tak ingat harga dah. Banyak sangat dah dalam otak aku. HAHAHA. Esoknya awal pagi kitorang dah berangkat pulang. Flight kitorang pukul 6.10 pagi.


Btw, hotel yang kitorang duduk tu Hotel Kenangan. Satu malam Rp.195,000 sahaja. Jalan kaki je pegi Pasar Baru sebab dekat. Dalam 3 minit macam tu dah sampai. Lepas tu dekat2 hotel ada banyak taxi & beca. Kalau nak tinggal hotel ni, korang boleh google utk maklumat lanjut. So senang kalau nak pegi mana2. Aku nak pegi lagi tahun ni.. Hikhik. InsyaAllah kalau ada rezeki :) Atie pulak pegi tahun depan. 

p/s: Rindu lah dengan brownies kukus Kartika Sari. Huhu.

p/s/s: Kat sana banyak ATM CIMB. So sebelum pegi tu active kan lah "overseas" kat ATM. Senang nak withdraw duit. =) 



16 comments:

Uzair said...

traveling in youth. memang terbaek! haish. bila lah nak travel jgk mcm awk. haha.

Dayang Fazlyn said...

Hihi.. Pegi lah travel.. Bila lagi kan ;p

Rtp Farra Arisha said...

macam2 ada kat PVJ kann. and the place was very great too, mall dlm tmn ala-ala paris. seronokkk tak pegii sana?

atie said...

i tak marahlah.....i geram adelah...hahahahaha..just joke..btw love u too three n four.. =)

Rin Saharina said...

oh God,bestnyee.jeles sgtttt ok.hehe.
nk pegi lg?ble tu,chuppp,i nak pesn kain bju.kihkih :)

faziana ARahim..... said...

wah shopping sakan kat indon :)heehe

Dayang Fazlyn said...

@Arisha, yeaaahhh.. Suka sangat kat PVJ.. Makanan dia macam2 ada. InsyaAllah bulan 8 ni pegi lagi. Hihi.. ;p Kalau ada jodoh boleh kita jumpa sana eh ;)

Dayang Fazlyn said...

@Atie, elleh.. Geram konon.. Suka lah tu! ;p

Dayang Fazlyn said...

@rina, kain ada mau pesan? Jom lah kita pegi.. Tiket murah bah ;)

Dayang Fazlyn said...

@faziana, mesti! murah gila kot. Boleh gila di buatnya ;p

atie said...

waahhh gile weyh u pegi bulan 8 nie..cehh x acii..tp bulan puase kot time tu..gilak lu..ok sy nak kirim baju 3, seluar 4,tudung 5, kasut 8 and beg 15..ok thnks b lurve u lah...hakhakhak

EllaAqasha said...

beshnyaaaaaaa!!! ;)

sarah mohamad said...

sedappppnya! cute je eskrem kecik tuu., hiks

Dayang Fazlyn said...

Atie, nak shopping ;p Alah tiket murah. Hihi..

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.