It has been a looong time since my last post. Kan :’)
Harini tetiba macam nak share pengalaman waktu mula2 berubah dulu. Si jahil
yang mahu mengubah cerita hidupnya menjadi orang yang lagi berguna kepada semua
orang. I mean, changing from bad to good. Semua orang pon nak berubah kan? Tak
kesah lah sekecil mana perubahan tu, tapi niat dihati tetap ada sikit nak
berubah. Betul? Ye. Aku sentiasa nak perubahan. Aku cuba sedaya upaya untuk
jadi yg terbaik untuk semua orang. Untuk family, kawan kawan, kenalan kenalan, bakal
mak mertua dan ipar ipar (aiikkk?) Aku serius. Sila jangan ambil ringan. Siapa
tanak buat yg terbaik untuk semua orang kan? Even kalau kita habis exam pon,
mesti nak dapat pointer yg terbaik. Ye lah, dah berhabis habisan berjuang
berhari hari sampai tak tido malam, lepas tu siap makan ubat tido sebab takleh
tido disebabkan kerisauan yg teramat kat exam, mesti lah kita berharap untuk
“pass” dalam exam tu. Tak gitu? Ke kau berharap sangat nak repeat paper sampai
20x? Err. Well, the choice is yours.
“Eh. Betul ke dia dah berubah. Aku macam tak pecaya
je.”
“Dia tu berubah mesti sebab nak ubah pandangan orang
kat dia.”
“Ala, hipokrit je tuh.”
“Ala, sekejap je dia tu berubah. Nanti mesti jadi
hantu balik.”
“Eh eh kau ni macam power rangers lah. Pandai
berubah-ubah.”
“Dan sesungguhnya Kami akan
benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan
bersabar di antara kamu dan agar Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwalmu” -[Surah Muhammad: 31]
Peduli apa orang nak kata. Mari sama2 kita buktikan
pada dunia bahawa kita boleh istiqamah dalam perubahan ini.
Well, setiap orang ada cerita sendiri. Ada kisah silam
sendiri. Sama ada baik, buruk, pahit, manis atau masin (eh memain eh kau). Tapi
siapa kita yang dulu tak penting. Yang penting siapa kita sekarang. Accountant?
Engineer? Lawyer? Doctor? Tak bukan ni. Siapa diri kita sekarang ni. Kalau dulu
seorang penjenayah sekolah, sekarang mungkin seorang pendakwah. Kalau dulu baca
Quran baca saje saje, sekarang baca Quran sekali baca dengan makna, dihadam dan
diamalkan dalam hidup sehari hari. Siapa tahu kan?
Siapa kata senang untuk berubah? Aku sendiri dah rasa
how does it feel when being torned up inside and out. It will cost you hell to
change. Kalau nak
berubah from what we were, it'll be hell to pay as a manner of speaking. Sebab
segalanya dah terasa jadi darah daging dan untuk mengubah hakikat itu bukan
mudah.
Tapi, sesusah mana pon kita berubah, kalau niat tu Lillahi Ta’ala, insyaAllah,
Allah tolong.
“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah,
nescaya Allah akan menggantikan kepadanya yang terlebih baik dari itu” [HR
Tarmizi]
''Masuklah
Islam secara keseluruhannya''
-
Al-Baqarah
208
“Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi
tiap tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah
dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa
hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin
mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.”
“Kemudian akan aku datangi
mereka dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka,
dan dari kiri mereka dan tidak akan Engkau (Allah) dapati kebanyakan mereka
bersyukur” -[Surah
Al-A’raf: 17]
Setiap kali niat nak berubah tu datang, setiap kali itu lah kita akan fikir “aku tak bersedia lagi”. Tapi kalau tak start dari sekarang memang sampai bila2 pon kita tak kan sedia. Mati tu tak tunggu sampai kita bersedia. Kau hengat mati tuh boleh macam main police entry? Heh. Lu memang silap besar lah bro! Asyik cakap, “aku tak dapat hidayah lagi. Kau doa kan lah aku dapat hidayah macam kau”. HELLO. Hidayah tu dah datang kat kita sejak beribu tahun yg lalu. Cuma sekarang dari diri hang sendiri nak pakai lagu mana hidayah tuh.
Kalau dulu keluar rumah tak pakai tudung, sekarang dah
pakai tudung. Tapi setiap kali pakai tudung mesti rasa macam pelik. Ni tudung
saji ke tudung periuk atas kepala aku ni? Apsal panas je aku rasa. Macam tak
hot je pakai tudung ni. Tak main lah der pakai macam ustazah. Aku nak jugak
pakai macam artis2 korea macam SNSD tu. Hot tak hot kau cakap. Kat akhirat
nanti sadis kau nak menjawab. Time tu artis korea kesayangan hang semua bukan
boleh nak tolong hang menjawab pon weh. Hang kena jawab sendiri dengan
berbekalkan iman dan pahala yang ada.
Tapi semua orang pon membesar dan berubah. Berubah
mengikut kehendak diri sendiri. Tapi dunia ni bukan segala-galanya untuk
dikejar. Tapi, berubahlah untuk kebaikan. Berubahlah kearah yang lebih baik.
“Sesiapa yang
Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya
seorang teman setia yang soleh, jika skiranya ia terlupa (lalai) ia menolong
memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan
menolongnya” [Petikan kata Umar Al-Khatab]
"Harapan
kita untuk berubah dan mengubah, harapan kita untuk masa depan yang indah. Just
simply talk to HIM. Dia sentiasa mendengar sebab Dia Maha Mendengar. No matter
how you say it. No matter when and where. No matter what. Doa itu wireless. Dan
coverage dia masuk satu universe." -Hlovate.
Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.
4 comments:
berubah utk lbey baik..:)
biasa sangat kan, bila nak berubah orang akan kata macam2. mulut orang susah nak tutup. yang paling penting ialah bersabar. bersabar dengan dugaan Allah adalah lebih baik :)
dayang, lama tak follow blog dayang. semoga kita sama2 berubah ke jalan yg diredhaiNya :)
Kak Sara, aww lama tak sembang dgn akak. Hehe. Rinduuuuu. :') InsyaAllah kak, ameen :)
Post a Comment