Sunday, August 14, 2011

Cerita sempoi saya ;)

Assalamualaikum :)


Hai. Macam mana puasa kalian? :) Alhamdulillah, kita berpeluang melalui bulan mulia ini dengan izin Allah yang memanjangkan hayat kita. Sama-sama kita doakan agar ibadah dan apa saja yang kita lakukan di redhai, diberkati dan dirahmati Allah swt serta dilipat kali gandakan pahala untuk penebusan diri kita di Alam sana nanti. Amiin. InsyaAllah.  

Lama jugak kan aku tak update apa2 kat sini? Stalker2 terhebat kat blog ni mesti rindu gila kat aku. Hahaha. *Ayat minta penampo.

Aku baru je sampai Tawau dari KL ahad lepas (baru ke? =p) Bila kat KL rindu suasana puasakat Sabah. And bila kat Sabah rindu suasana puasa kat KL. Tapi yang paling aku rindu sekarang ni kawan2 aku kat hostel dulu. Rindu jugak nak bebuka puasa kat UIA macam tahun lepas. Rindu lah dengan bazaar kat UIA tu. Hehe.. 

Aku rindu puasa tahun 2009. Ingat lagi, kalau nak sahur aku dengan Dila turun pegi cafe bawah sebab nak amik makanan yang kitorang order dari cafe depan. Kitorang turun dengan ketakutan, dengan angin yang kuat, gelap, dengan macam2 lagi. Wuwuw.. Rindunya kat semua kawan2 ku :')

Rindu dekat semua semua semua :')


Btw, setiap kali buka puasa aku mesti makan agar2 santan yang sedap tuh. Haritu sebelum balik Tawau aku duduk rumah kakak sepupu aku, kat Shah Alam. Jadi, setiap hari lah aku ke bazaar Ramadhan cari agar2 santan yang sedap lagi menyelerakan tu. Tapi kat Tawau ni aku jarang jumpa pulak agar2 santan tu. Kenapa yea? Padahal macam banyak je kat sini. Jadi disebabkan takde jual atau aku yang tak jumpa kat mana jual agar2 santan tuh, maka dengan rela hati aku nak buat agar2 santan yang sedap. Ni kalau bakal mak mertua aku baca ni, mesti dia tak fikir panjang nak amik aku jadi menantu dia. Ekeke. Padahal aku ni masak pun tak reti. Kehkeh =p


Ok bye nak buat agar2 :D


6 comments:

saharinasaharudin said...

salam ramadhan dayang :)

Rtp Farra Arisha said...

arisha pun suka makan agar2..hehe.

anyways, selamat berpuasa :)

Dayang Fazlyn said...

Salam Ramadhan Rina :)

Dayang Fazlyn said...

Arisha, yeaaay! Sama! :D Selamat berpuasa jugak darling! :)

ateen fiqah said...

alolololo.. miss u more laa dear.. selamat berpuasa d kg halaman.. ;)

Dayang Fazlyn said...

Fatin! Selamat berpuasa jugak. Jumpa kat UIA, insyaAllah :)