Wednesday, February 6, 2013

Wordless wednesday



:)


Wednesday, November 21, 2012

Take back your heart


"This is a call to all those who have become enslaved by the tyranny of the self, imprisoned in the dungeon of the nafs (self) and desires. It is a call to all those who have entered the ocean of dunya, who have sunk into its depths, and become trapped by its crushing waves. Rise up. Rise up to the air, to the Real world above the prison of the ocean. Rise up to your freedom. Rise up and come back to life. Leave the death of your soul behind you. Your heart can still live and be stronger and purer than it ever was."


"This world cannot break you—unless you give it permission. And it cannot own you unless you hand it the keys – unless you give it your heart. And so, if you have handed those keys to dunya for a while—take them back. This isn’t the End. You don’t have to die here. Reclaim your heart and place it with its rightful owner: God."


By Yasmin Mogahed




Sunday, October 7, 2012

A possible journey for a better Muslim

It has been a looong time since my last post. Kan :’) Harini tetiba macam nak share pengalaman waktu mula2 berubah dulu. Si jahil yang mahu mengubah cerita hidupnya menjadi orang yang lagi berguna kepada semua orang. I mean, changing from bad to good. Semua orang pon nak berubah kan? Tak kesah lah sekecil mana perubahan tu, tapi niat dihati tetap ada sikit nak berubah. Betul? Ye. Aku sentiasa nak perubahan. Aku cuba sedaya upaya untuk jadi yg terbaik untuk semua orang. Untuk family, kawan kawan, kenalan kenalan, bakal mak mertua dan ipar ipar (aiikkk?) Aku serius. Sila jangan ambil ringan. Siapa tanak buat yg terbaik untuk semua orang kan? Even kalau kita habis exam pon, mesti nak dapat pointer yg terbaik. Ye lah, dah berhabis habisan berjuang berhari hari sampai tak tido malam, lepas tu siap makan ubat tido sebab takleh tido disebabkan kerisauan yg teramat kat exam, mesti lah kita berharap untuk “pass” dalam exam tu. Tak gitu? Ke kau berharap sangat nak repeat paper sampai 20x? Err. Well, the choice is yours. 



“Eh. Betul ke dia dah berubah. Aku macam tak pecaya je.”

“Dia tu berubah mesti sebab nak ubah pandangan orang kat dia.”

“Ala, hipokrit je tuh.”

“Ala, sekejap je dia tu berubah. Nanti mesti jadi hantu balik.”

“Eh eh kau ni macam power rangers lah. Pandai berubah-ubah.”



“Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwalmu” -[Surah Muhammad: 31]



Peduli apa orang nak kata. Mari sama2 kita buktikan pada dunia bahawa kita boleh istiqamah dalam perubahan ini.  

Well, setiap orang ada cerita sendiri. Ada kisah silam sendiri. Sama ada baik, buruk, pahit, manis atau masin (eh memain eh kau). Tapi siapa kita yang dulu tak penting. Yang penting siapa kita sekarang. Accountant? Engineer? Lawyer? Doctor? Tak bukan ni. Siapa diri kita sekarang ni. Kalau dulu seorang penjenayah sekolah, sekarang mungkin seorang pendakwah. Kalau dulu baca Quran baca saje saje, sekarang baca Quran sekali baca dengan makna, dihadam dan diamalkan dalam hidup sehari hari. Siapa tahu kan?

Siapa kata senang untuk berubah? Aku sendiri dah rasa how does it feel when being torned up inside and out. It will cost you hell to change. Kalau nak berubah from what we were, it'll be hell to pay as a manner of speaking. Sebab segalanya dah terasa jadi darah daging dan untuk mengubah hakikat itu bukan mudah. Tapi, sesusah mana pon kita berubah, kalau niat tu Lillahi Ta’ala, insyaAllah, Allah tolong.


“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikan kepadanya yang terlebih baik dari itu” [HR Tarmizi]

''Masuklah Islam secara keseluruhannya''
-      Al-Baqarah 208

 “Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.”



“Kemudian akan aku datangi mereka dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka dan tidak akan Engkau (Allah) dapati kebanyakan mereka bersyukur” -[Surah Al-A’raf: 17]



Setiap kali niat nak berubah tu datang, setiap kali itu lah kita akan fikir “aku tak bersedia lagi”. Tapi kalau tak start dari sekarang memang sampai bila2 pon kita tak kan sedia. Mati tu tak tunggu sampai kita bersedia. Kau hengat mati tuh boleh macam main police entry? Heh. Lu memang silap besar lah bro! Asyik cakap, “aku tak dapat hidayah lagi. Kau doa kan lah aku dapat hidayah macam kau”. HELLO. Hidayah tu dah datang kat kita sejak beribu tahun yg lalu. Cuma sekarang dari diri hang sendiri nak pakai lagu mana hidayah tuh.  

Kalau dulu keluar rumah tak pakai tudung, sekarang dah pakai tudung. Tapi setiap kali pakai tudung mesti rasa macam pelik. Ni tudung saji ke tudung periuk atas kepala aku ni? Apsal panas je aku rasa. Macam tak hot je pakai tudung ni. Tak main lah der pakai macam ustazah. Aku nak jugak pakai macam artis2 korea macam SNSD tu. Hot tak hot kau cakap. Kat akhirat nanti sadis kau nak menjawab. Time tu artis korea kesayangan hang semua bukan boleh nak tolong hang menjawab pon weh. Hang kena jawab sendiri dengan berbekalkan iman dan pahala yang ada. 

Tapi semua orang pon membesar dan berubah. Berubah mengikut kehendak diri sendiri. Tapi dunia ni bukan segala-galanya untuk dikejar. Tapi, berubahlah untuk kebaikan. Berubahlah kearah yang lebih baik. 



“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika skiranya ia terlupa (lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya” [Petikan kata Umar Al-Khatab]


"Harapan kita untuk berubah dan mengubah, harapan kita untuk masa depan yang indah. Just simply talk to HIM. Dia sentiasa mendengar sebab Dia Maha Mendengar. No matter how you say it. No matter when and where. No matter what. Doa itu wireless. Dan coverage dia masuk satu universe." -Hlovate.



Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.